Tentang kami
Sejuz ialah app untuk menjejak dan mengulang hafalan al-Quran, dibina di Malaysia. Dasar ini menerangkan data peribadi yang kami kumpul melalui website sejuz.com dan app app.sejuz.com, dan bagaimana kami mengendalikannya selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
Data yang kami simpan
| Jenis | Contoh |
|---|---|
| Akaun | Alamat emel, nama paparan, nama pengguna. Kata laluan disimpan dalam bentuk tersulit oleh sistem log masuk; kami tidak dapat melihatnya. |
| Profil (pilihan) | Tarikh lahir dan gambar profil, jika anda isi. |
| Hafalan | Ayat yang anda tanda dan masa ia ditanda, jadual dan sejarah ulangan, tetapan app, mata Nur dan lencana. |
| Aktiviti akaun | Tarikh akaun dibuat, masa terakhir anda aktif, dan jumlah ayat yang ditanda. |
| Teknikal | Alamat IP dan jenis pelayar, untuk keselamatan dan mengehadkan penyalahgunaan. |
Mod tetamu
Jika anda cuba Sejuz tanpa daftar, kami buat akaun tetamu dengan pengenal rawak tanpa emel. Data hafalan tetamu disimpan dengan cara yang sama, dan hanya boleh dibuka dari pelayar yang sama sehingga anda simpan kemajuan dengan emel.
Data yang kami tidak ambil
- Suara anda. Mod Baca menggunakan mikrofon hanya selepas anda tekan butang mikrofon. Bacaan anda diproses oleh model dalam peranti anda sendiri; rakaman tidak dimuat naik atau disimpan oleh kami.
- Lokasi, kenalan, kamera atau fail lain dalam peranti anda.
- Data untuk iklan. Sejuz tidak memaparkan iklan dan tidak berkongsi data anda dengan pengiklan.
Untuk apa kami guna data
- Menyimpan dan menyegerakkan hafalan anda antara peranti.
- Menyusun jadual ulangan, mengira lencana dan mata Nur.
- Menghantar emel berkaitan akaun sahaja, seperti kod pengesahan dan reset kata laluan.
- Menjaga keselamatan, mencegah spam dan penyalahgunaan.
- Memahami penggunaan secara keseluruhan, contohnya bilangan pengguna aktif dan kumpulan umur, untuk menambah baik Sejuz.
- Membalas pertanyaan dan permintaan sokongan anda.
Kami tidak menjual, menyewa atau berkongsi data peribadi anda untuk tujuan pemasaran.
Siapa boleh lihat data anda
- Anda. Pangkalan data kami ditetapkan supaya setiap akaun hanya boleh membaca dan mengubah data sendiri.
- Pentadbir Sejuz, secara terhad, untuk sokongan dan keselamatan (contohnya emel, nama, statistik hafalan dan status akaun). Tindakan pentadbir direkod dalam log audit.
- Gambar profil boleh dipapar oleh sesiapa yang mempunyai pautannya.
Penyedia perkhidmatan
Kami menggunakan penyedia perkhidmatan untuk pangkalan data, hos dan penghantaran emel. Mereka memproses data hanya untuk menjalankan Sejuz, bukan untuk tujuan mereka sendiri. Sebahagian data disimpan di pelayan luar Malaysia (Singapura).
Teks al-Quran, audio qari dan fon dimuatkan terus dari sumber luar oleh pelayar anda, sama seperti melawat laman web biasa.
Storan pelayar & analitik
Sejuz menyimpan sesi log masuk, tetapan dan salinan hafalan dalam pelayar anda supaya app laju dan boleh dibuka semula. Kami tidak menggunakan cookie iklan.
Analitik pelawat
Website sejuz.com menggunakan alat analitik untuk mengira pelawat dan memahami dari mana mereka datang (contohnya carian, media sosial atau pautan yang dikongsi), page yang dibuka, negara dan jenis peranti. Kami melihat maklumat ini secara keseluruhan untuk menambah baik Sejuz, bukan untuk mengenal pasti anda.
Sesetengah alat analitik menggunakan cookie. Anda boleh menyekat atau memadamnya melalui tetapan pelayar, dan Sejuz tetap berfungsi seperti biasa.
Tempoh simpanan
- Data akaun disimpan selagi akaun anda aktif.
- Akaun tetamu yang belum lengkap soalan permulaan dipadam selepas 2 hari tidak aktif. Akaun tetamu lain dipadam selepas 30 hari tidak aktif.
- Bila akaun dipadam, data hafalan dan profil berkaitan turut dipadam. Salinan sandaran mungkin kekal untuk tempoh terhad sebelum dipadam sepenuhnya.
Hak anda
Di bawah PDPA, anda berhak:
- Melihat dan membetulkan data anda. Kebanyakan maklumat boleh diubah sendiri dalam Tetapan.
- Mendapatkan salinan data hafalan melalui Tetapan, Backup (fail JSON).
- Memadam data hafalan melalui Tetapan, Padam semua data.
- Memadam akaun sepenuhnya dengan menghubungi kami. Kami akan proses dalam masa 14 hari.
- Menarik balik persetujuan dengan berhenti menggunakan Sejuz dan meminta akaun dipadam.
Keselamatan
Semua sambungan menggunakan HTTPS. Akses pangkalan data dikawal supaya setiap akaun hanya nampak data sendiri, kata laluan disimpan tersulit, dan akses pentadbir dihadkan serta direkod. Tiada sistem yang selamat sepenuhnya, jadi gunakan kata laluan yang kuat dan jangan kongsi dengan orang lain.
Kanak-kanak
Sejuz terbuka kepada semua peringkat umur. Kanak-kanak di bawah 13 tahun hendaklah menggunakan Sejuz dengan izin dan pengawasan ibu bapa atau penjaga. Jika anda ibu bapa dan mahu data anak anda dipadam, hubungi kami.
Perubahan dasar
Kami akan kemas kini dasar ini bila Sejuz berubah. Tarikh berkuat kuasa di atas akan dikemas kini, dan perubahan penting akan dimaklumkan dalam app.
Ciri akan datang. Jika ciri seperti Semakan Guru (rakaman bacaan disemak oleh ustaz atau ustazah) dilancarkan, kami akan kemas kini dasar ini dan meminta persetujuan anda sebelum sebarang rakaman dihantar.
Hubungi kami
Untuk soalan privasi, permintaan salinan data atau padam akaun, emel [email protected] menggunakan alamat emel akaun anda.