Tentang kami

Hafalan untuk orang biasa.

Sejuz bermula dari masalah yang ramai rasa: nak hafal al-Quran, tapi kerja, keluarga dan masa yang sempit buat hafalan mudah hilang. Kami bina Sejuz untuk mereka yang hafal sikit-sikit, supaya setiap ayat yang dah lekat terus dijaga.

Misi

Membantu setiap Muslim yang sibuk menghafal al-Quran sedikit demi sedikit, dan menjaga hafalan itu sepanjang hayat.

Visi

Lebih ramai keluarga di Malaysia menyimpan kalam Allah dalam hati, walaupun bukan pelajar tahfiz.

Objektif

  • Memudahkan sesiapa sahaja mula menghafal, walaupun bermula dengan 3 Qul.
  • Menyusun murajaah setiap hari supaya hafalan lama tidak hilang.
  • Menyediakan alat yang percuma, tanpa iklan, dan menjaga privasi pengguna.
  • Menghubungkan pengguna dengan ustaz dan ustazah untuk semakan bacaan (akan datang).

Prinsip kami

Percuma, tanpa iklan

Ciri hafalan dan murajaah kekal percuma untuk semua.

Privasi dahulu

Data hafalan anda milik anda. Kami tidak menjualnya.

Dibina di Malaysia

Oleh rakyat Malaysia, untuk sesiapa yang nak dekat semula dengan al-Quran.

Penghargaan

Sejuz tidak akan terhasil tanpa perancangan, kajian dan ujian yang berterusan, serta ilmu dan usaha ramai pihak yang mendahului kami. Terima kasih kepada sumber-sumber yang menjadi rujukan dan asas kepada Sejuz:

  • Quran.comTeks al-Quran, terjemahan dan fon mushaf.
  • EveryAyahAudio bacaan qari bagi setiap ayat.
  • Quran-LabModel pengecaman bacaan untuk Mod Baca.
  • Pexels & UnsplashFoto oleh Muhlis Baysal, Vitaly Gariev dan Jakub Żerdzicki.
  • Penguji awalRakan-rakan yang mencuba Sejuz dan memberi maklum balas sejak hari pertama.

Semoga Allah membalas setiap usaha mereka dengan sebaik-baik balasan.

Ada cadangan atau nak bekerjasama? Emel [email protected]

Mula hafal