Untuk yang sibuk bekerja & berkeluarga

Hafal sikit-sikit.Tak lupa yang dah hafal.

Tanda ayat yang anda dah hafal, dan Sejuz susun ulangan setiap hari. Mula dengan 10 minit.

Lelaki berkopiah di masjid membuka ayat Al-Mulk dalam Sejuz di phone
Kenal rasa ni?

Niat nak hafal ada. Yang susah, nak kekal.

Hafal masa Ramadhan, lepas raya dah lupa semua.

Dalam solat, asyik baca surah yang sama.

Nak mula, tapi tak tahu dari mana, dan rasa dah terlambat.

Kalau ya, anda tak keseorangan. Lupa itu memang sifat hafalan.

تَعَاهَدُوا هَذَا الْقُرْآنَ، فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَهُوَ أَشَدُّ تَفَلُّتًا مِنَ الْإِبِلِ فِي عُقُلِهَا

"Peliharalah al-Quran ini. Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, ia lebih cepat terlepas daripada unta daripada ikatannya."
Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sebab tu yang penting bukan hafal banyak, tapi ulang selalu.
Itulah kerja Sejuz.

Cuba sekarang

Tanda ayat Al-Mulk yang anda dah hafal.

Sama macam dalam app: tekan untuk tanda, tekan lama untuk baca ayat.

67
Al-MulkKerajaan · 30 ayat · Juzuk 29
الملك

Tekan: tanda hafalTekan lama: baca ayat & dengar qari

0daripada 30 ayat

Tekan petak ayat yang anda dah hafal.

Simpan dalam Sejuz

Ini demo. Tiada data disimpan.

Dalam app, setiap ayat yang anda tanda terus masuk jadual ulangan.

Cara mula

Tiga langkah. Itu sahaja.

Tanda yang dah hafal

Walaupun cuma 3 Qul. Itu titik mula anda.

Tambah ayat baru ikut masa anda

Dengar qari, ulang satu ayat sampai lekat. Lima minit pun jadi.

Sejuz susun ulangan setiap hari

Anda cuma buka dan baca. Tak perlu fikir nak ulang apa.

Sehari dengan Sejuz

Muat dalam hari yang sibuk.

Tak perlu sejam. Cukup celah-celah masa yang anda dah ada.

Tangan memegang phone yang membuka ayat dalam Sejuz6:15 pagi
Lepas SubuhHafal satu ayat baru. Lima minit.
Phone dalam kenderaan memainkan audio qari dalam Sejuz5:45 petang
Dalam perjalanan balikDengar qari ulang ayat semalam.
Dua tangan memegang phone yang membuka ulangan hari ini dalam Sejuz10:30 malam
Lepas anak tidurUlangan hari ini, satu muka surat.
Dalam Sejuz

Semua yang anda perlukan untuk hafal, ulang dan semak.

Peta Hafalan

Setiap ayat yang anda tanda akan menyala. Sedikit demi sedikit, satu juzuk penuh bercahaya.

Murajaah Ikut Jadual Anda

Pilih berapa hari untuk ulang semua hafalan. Sejuz bahagikan ikut muka surat, dan ulangan hari ini dah tersedia bila buka app.

Pilih kitaran (hari)
Hari ini · bahagian 4 daripada 7

Audio Qari

Pilih qari kegemaran. Satu ayat diulang sampai lekat, sambil memandu atau memasak.

Mod Baca

Baca dengan suara. Setiap perkataan yang betul bertukar warna.

Boleh tersalah. Bukan pengganti guru dan bukan penilaian muktamad.

Quran Puzzle

Uji hafalan dengan 10 jenis permainan, semuanya dari ayat yang anda hafal. Jawapan betul dapat Nur untuk buka mod baru.

Lencana & Pencapaian

Setiap pencapaian, satu lencana menunggu.

Lencana 3 QulLencana 300 AyatLencana Streak 30 hariLencana Al-A'laLencana Al-Mulk (belum dibuka)

Nur & Pelita

Setiap jawapan betul, lencana dan ulangan yang siap mengisi Pelita anda dengan Nur.

160Nur
  • Jawapan betul+2
  • Lencana baru+10
  • Ulangan siap+5

Mata dalam app sahaja, bukan ukuran pahala.

Dan semua ni ikut anda, di mana-mana peranti.

Phone · Tablet · Laptop

Satu akaun. Semua peranti.

Hafal di phone, ulang di tablet, semak di laptop. Kemajuan anda sentiasa sama.

Tak perlu muat turun dari App Store. Buka app.sejuz.com dan install terus ke skrin utama.

Dah hafal 30 juzuk? Ada sesuatu untuk anda juga.

Khas untuk hafiz & hafizah · Akan datang

Dah hafal 30 juzuk? Sejuz juga untuk anda.

Kemaskan hafalan dengan murajaah berkumpulan. Hafalan depan dan hafalan belakang berjalan serentak, setiap hari.

  1. Bahagi hafalan kepada dua kumpulan. Contoh: Juz 1–5 dan Juz 6–10.
  2. Setiap hari, baca satu juzuk dari setiap kumpulan.
  3. Habis satu pusingan, sambung Juz 11–20, kemudian 21–30.

Kaedah ini dicadangkan oleh hafiz bersyahadah yang menguji Sejuz.

Dan untuk yang nak bacaan disemak oleh guru, kami sedang bina ini.

Akan datang

Semakan Guru

Rakam bacaan anda. Ustaz atau ustazah dengar, tandakan bahagian yang perlu dibetulkan, dan hantar nota suara kepada anda.

Cerita pengguna

Daripada mereka yang dah mula.

Soalan lazim

Mungkin anda tertanya-tanya.

Saya bukan budak tahfiz. Sesuai ke?

Sangat sesuai. Sejuz dibina untuk orang dewasa yang hafal sikit-sikit. Mula dengan surah yang anda dah tahu, contohnya 3 Qul, dan tambah perlahan-lahan.

Bacaan saya tak lancar sangat. Boleh guna?

Boleh. Dengar qari setiap ayat dan ulang seberapa kali perlu. Mod Baca boleh bantu semak bacaan, tetapi ia bukan pengganti guru.

Berapa minit sehari?

Ikut masa anda. 10 minit dah cukup untuk mula: sedikit ayat baru, dan ulangan yang Sejuz susun untuk hari tu.

Betul percuma? Kena daftar?

Percuma dan tanpa iklan. Anda boleh terus cuba tanpa daftar. Bila sedia, simpan kemajuan dengan emel supaya boleh buka di phone lain.

Teks al-Quran dari mana?

Teks, terjemahan dan audio qari diambil melalui Quran.com, sumber al-Quran digital yang digunakan secara meluas.

Data saya selamat?

Data hafalan disimpan dalam akaun anda dan hanya anda boleh buka. Kami tak jual data dan tiada iklan.

Boleh install di phone?

Boleh. Buka app.sejuz.com di phone, kemudian tekan Install app (Android) atau Kongsi, Tambah ke Skrin Utama (iPhone).

Semakan Guru berbayar ke?

Semakan Guru masih dibina. Butiran akan diumumkan bila siap. Ciri yang ada sekarang, termasuk Mod Baca, kekal percuma.

Komuniti

Sertai channel Telegram Sejuz.

Tips tajwid, tarikh penting Islam dan motivasi untuk penghafal, sikit-sikit setiap hari.

Sertai di Telegram

Mula dengan satu ayat hari ni.

Mula hafal

Semoga hafalan anda menjadi contoh kepada anak-anak dan keturunan anda,
untuk turut menghafal al-Quran dan menyimpan kalam Allah dalam hati mereka.

Mula hafalSikit-sikit, setiap hari
Mula